Antara Kita Dan Mereka


nukilan sahabat, amirhailmi,ireland
http://bicarajariku.blogspot.com/


Antara kita dan mereka,
Jauh ketinggalan dalam amalan,
Teramat kerdil nak berbanding iman,

Antara kita dan mereka,
Sangat berbeza arah tujuan,
Berlainan maksud dalam pengorbanan.

Antara kita dan mereka,
Tidak sama pada penampilan,
Apatah lagi akhlak dan perwatakan.

Kita,
Sering berbangga dengan amalan,
Langsung tak risau perihal iman,
Kemewahan dunia jadi impian,
Berkorban tenaga demi sedikit habuan.

Mereka,
Merasa amalan tidak bercukupan,
Sering menangis mengenangkan kekurangan,
Untuk di bawa bertemu Tuhan,

Mereka,
Fikir risau tentang iman,
Bagaimana manusia dapat diselamatkan,
Dari kepedihan azab jahannam.

Mereka,
Jannatul Firdaus jadi idaman,
Bahagia abadi bersama junjungan,
Sehingga dunia sanggup dikorbankan.

Mereka,
Seluruh jiwa raga dikorbankan,
Hingga nyawa sanggup dipertaruhkan,
Asalkan agama dapat ditegakkan,
Demi mendapat redha Tuhan,

Antara kita dan mereka,
Tidak dapat disamakan,
Melainkan kita melaksanakan,
Apa yang telah mereka lakukan...


dunia yg fana..

alhamdulillah..smalam smpt jugak duduk dlm majlis takrir n bayan kat IMU..sbnarnyer plan asal nk g masjid sri petaling berjemaah n dgr bayan kat sane..tp kebetulan ada ziarah kat Vista C IMU..dpt la join Aizud ngan Zamir duk dgr nasihat dr org2 tmpatan..dah lamer sbnarnyer x dpt duduk2 cam tuh...tu la first time lps tinggalkan shah alam dulu..bley muhasabah diri balik..nilai balik diri sndiri yg semakin jauh dr agama..x ramai student melayu smalam..yg ada just foreigners dgn org2 tempatan jerk..ntah ke mane la peginyer sumer students melayu...doa2 la untuk depa sume...pentakrir tuh ckp smalam.(dlm nada yg sedikit bergurau ).ulama membayangkan dunia ni seperti seekor lembu...yg mane kepala dan ekor dier byk yg luke2...tak elok..bulu2 kat bdn lembu tuh pon dan byk yg tercabut...die ckp..org yg cintakan dunia, mengejar dunia seolah2 menarik2 ekor lembu tersebut dan bulu2 kat badan lembu tersebut...disebabkan lembu tuh selalu menjauhi mereka..tp org yg cintakan akhirat, sentiasa ketuk kepala lembu tersebut, sbb lembu tuh asyik duk ikut je depa..kesimpulannyer, org yg kejar dunia ni, dunia akan smakin jauh dgn mereka, tp org yg kejar akhirat, dunia akan dtg kepada mereka dgn jln yg tanpa disangka2...

p/s: kita xkan dpt jadi sezuhud nabi dan para sahabat, tp kita boleh usaha untuk belajar menjadi zuhud seperti mereka...fikirkan..

Related Posts with Thumbnails