Ramadhan Al Karim..

“Wahai orang2 yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat2 sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa”
(Al Baqarah:183)

Alhamdulillah, ana dan sahabat2 masih diberi kesempatan olehNya untuk menemui ramadhan pada kali ini..
Bulan yang sentiasa dinanti2 oleh seluruh umat manusia, bulan ibadat, bulan penuh berkah,bulan keampunan dan bulan rahmat..
Bulan dimana pahala amalan dilipatkaligandakan dan bulan dimana syaitan dibelenggu
Sabda nabi s.a.w "Ramadhan itu di permulaannya adalah rahmat, dipertengahannya maghfirah dan diakhirnya pelepasan dari azab api neraka".
Rugilah kiranya ana dan sahabat2 sekalian tidak mengambil peluang yang hanya berkunjung sekali dalam setahun ini ,
walhal, kita sendiri tidak mengetahui bilakah kita akan dipanggil olehNya..mungkinkah ini ramadhan yang terakhir bagi kita??
adakah ini ramadhan yang terbaik sepanjang hidup kita di muka bumi Allah s.w.t ini??sama2 lah kita renungkan dan muhasabah..

tatkala ramadhan menjengah, seringkali hati terdetik..bagaimanakah harus ana gunakan nikmat bulan kemuliaan ini semaksimum mungkin menjadikan ramadhan kali ini terbaik berbanding yang lepas...tapi itulah, fitrah manusia yang dijadikan sebagai makhluk yang lemah dan pelupa..tanpa pengorbanan dan mujahadah melawan nafsu, tidak mungkin apa yang diazamkan menjadi kenyataan..

teringat sebuah lagu nasyid yang sering menjadi teman setia saban ramadhan...



Muhasabah Ramadhan - Hijjaz



Hari raya hari kemenangan..
hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan..
dilipatan seni mehnah Illahi
ada maksud suci yang lebih hakiki
ketika nafsu dilentur lapar dahaga
pada fikiran di sirna wahyu dan sabda
pada hati bersih di solat terawikh
apakah semuanya telah dimiliki
puasa mengajar erti kepayahan
menghadap ujian berlandaskan iman
puasa perisai yang sangat maknawi
pengikat hijab antara hamba dengan Illahi
puasa sempurna menahan rohani dan rasa
puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
puasa biasa hanya menahan lapar dan dahaga
lalu ddimanakah puasa kita
adakah masih di tahap lama..
lalu muhasabah dihujung ramadhan
sudahkan terbangun jiwa teguh dah kukuh
atau kolam jiwa masih tercemar keruh
oleh sembilu dosa duri angkara
ketika bertasbih bertakbir bertahmid
terasakah kita hamba Illahi
yang hanya mampu mengukir tapi
sedangkan padaNya segala takdir
puasa sempurna menahan rohani dan rasa
puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
puasa biasa hanya menahan lapar dan dahaga
lalu dimanakah puasa kita
adakah masih di tahap lama...

More RAMADHAN graphics


Ahlan wasahlan ya Ramadhan...

Tajdid Iman: Dosa menghitam hati dicabut iman

Masa luang paling bahaya kerana lemahkan perasaan hingga jejas kesabaran

TAKUTLAH dengan keselesaan dan ketenangan hidup kerana boleh jadi ia seperti sungai yang tenang, tetapi dalamnya boleh menenggelamkan orang yang leka akibat keindahannya. Begitulah perumpamaan dunia yang disediakan untuk menguji.
Firman Allah yang bermaksud: "...siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa (dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat)." (Surah al-Mulk, ayat 2)

Tetapi mengapa mesti takut jika seseorang sudah beriman. Bukankah hidup ini awal dan akhirnya, susah dan senang, azab dan nikmatnya sudah ditakdirkan untuk setiap yang bernyawa? Seperti kata Umar Al-Khattab mengenai hakikat ujian: "Aku tak kisah selama ujian itu tidak menjejaskan iman dan agamaku."

Asalkan ada iman, segala-galanya akan menjadi mudah. Sebaliknya, tanpa iman harta yang banyak tidak akan memuaskan, wanita cantik rasa menjemukan, anak ramai, tetapi kesunyian, kawan dan pengikut taat setia, tetapi dicengkam pengkhianatan.

Maka ia memandang manusia dengan pandangan mencurigakan, mencari musuh dan mengumpul kekuatan untuk melawan. Hidup jadi kusut, konflik bertindih-tindih, apa yang ada di tangan tidak boleh menundukkan hatinya. Nafsu menjadi raja, iman semakin susut ke paras terendah.

Saidina Abu Darda' pernah berkata: "Antara tanda kefahaman seorang hamba adalah dia mengetahui apakah imannya bertambah atau berkurang."

Sesungguhnya iman boleh naik dan turun, ia diuji dengan pelbagai masalah kehidupan. Sama seperti ujian kemewahan dan kemiskinan yang disentuh dalam al-Quran.

Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah: jika bapa, anak, saudara, isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan kamu usahakan, perniagaan kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik." (Surah al-Taubah, ayat 24)
Firman Allah lagi yang bermaksud: "Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Menjadi sifat dan tabiat buruk manusia apabila diuji ingat kepada Tuhan dan jika hilang kesusahannya ia berpaling daripada Tuhan. Hal ini dinyatakan menerusi sindiran al-Quran yang bermaksud: "Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang menimpanya. Begitulah orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." (Surah Yunus, ayat 12)

Semestinya ketika musibah berakhir dan berganti dengan keselamatan, seseorang semakin kuat bergantung kepada Allah dan berwaspada jika peristiwa itu berulang lagi. Kemudian bertambah kesyukuran dan selalu mengingati jasa Allah kepada dirinya.

Apabila dia melihat saudaranya ditimpa musibah, hatinya kembali mengingati bahawa dia pun terdedah kepada musibah itu dan bertambahlah harapannya kepada Tuhan. Begitulah kefahaman iman yang sejati ketika menghadapi ujian.

Selain ujian kehidupan, iman juga boleh dicabar dengan dosa kecil dan besar. Orang melakukan dosa, maka serta-merta berkuranglah imannya. Adakah sesuatu yang boleh menggugat ketenangan hati manusia? Yang menggetarkan hati adalah dosa, yang menghitamkan hati juga dosa, yang menggelapkan pandangan dan mengotori perasaan manusia hanya dosanya.

Seseorang boleh terjejas tumpuan amalnya kerana dosa, lemah azamnya kerana dosa, keruh hubungan dengan sesama manusia kerana dosa. Dan yang paling hebat impak dosa adalah terlempar manusia dari sisi Allah dan tercabutnya iman daripada hati.
Untuk itu, penting menjaga iman supaya sentiasa tegak pada paras yang tinggi atau setidak-tidaknya konsisten dan istiqamah begitu mendesak untuk disegerakan melebihi segala-galanya. Seboleh-bolehnya yang menjadi agenda terpenting dalam kehidupan kita adalah bagaimana cara melonjakkan iman dan menyurutkan maksiat.

Saidina Abdullah Masud berkata: "Seorang Muslim tidak akan sampai pada hakikat iman sehingga masa baginya lebih berharga daripada hartanya." Dia begitu menghargai masa, mengisi dengan perbuatan berfaedah dan sentiasa mengejar sasaran tertentu. Tidak salah apabila seseorang mempunyai impian, asalkan bukan angan-angan kosong.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata: "Aku memiliki jiwa yang cekal untuk mendapat segala keinginanku. Dulu, aku ingin berkahwin dengan anak perempuan bapa saudaraku akhirnya aku memilikinya. Lalu aku ingin menjadi Gabenor Madinah, aku ingin menegakkan keadilan dan aku memperolehnya. Kemudian aku ingin menjadi khalifah kaum Muslimin dan aku mendapatkannya. Adapun kini, aku merindukan yang lebih tinggi lagi, sekarang aku merindukan syurga Allah."

Betapa tingginya cita-cita semata-mata mahu memperjuangkan agama Allah dalam apa juga bidang diceburi. Alangkah singkatnya masa yang ada, sehingga al-Imam Hasan al-Banna berkata: "Sesungguhnya kewajipan kamu lebih banyak daripada masa yang kamu miliki."

Bagaimana mungkin seseorang boleh menunda pekerjaan yang baik di sisi Allah padahal dia tidak tahu mungkin esok mendapat serangan penyakit atau musibah yang menjejaskan segala sasaran dibinanya.

Masa terluang adalah saat paling berbahaya kerana dosa dan kejahatan itu berpunca daripada masa dan hati yang kosong. Hanya dengan bekerja, beramal dan beribadat seseorang memiliki kekuatan iman, manakala menganggur, malas dan berhibur berlebihan akan melemahkan iman.

Al-Imam Ibnu Al-Qayyim berkata: "Setiap hembusan nafas dan titisan peluh yang keluar di dunia tidak dalam rangka ketaatan kepada Allah, maka akan keluar pada hari kiamat dalam keadaan menyesal."

Abu Bakar al-Siddiq masuk ke sebuah kebun milik sahabat Ansar, bersama sahabatnya beliau duduk menikmati keindahan kebun, buah-buahan sedang ranum menunggu masa untuk dipetik, rantingnya tidak kelihatan disebabkan banyaknya buah, sementara burung bergayutan kegirangan.

Sahabat berasa gembira dengan pemandangan indah itu, tetapi mereka melihat Abu Bakar duduk sendirian sambil menangis teresak-esak. Mereka bertanya hairan: "Wahai Khalifah, apa gerangan yang terjadi pada dirimu? Abu Bakar menjawab: "Saya melihat burung ini, betapa beruntungnya ia, hinggap di sebatang ranting dan memakan buahnya, ia mendatangi sungai yang jernih dan meminum airnya, ia mati tanpa dihisab dan tiada mendapat azab. Oh seandainya aku hidup seperti burung ini, oh...seandainya ibuku tidak melahirkanku." Akhirnya sahabat yang lain ikut menangis.

Jauhnya pandangan dan sensitifnya perasaan Saidina Abu Bakar, bukti kentalnya iman di dada. Pada saat tidak terduga pun (ketika bersantai) beliau mampu membangkitkan keinsafan dan menyuburkan imannya. Sesuatu yang agak mustahil dilakukan pada zaman ini di mana ramai generasinya dalam terkena bala pun masih sempat bermaksiat. Ya Allah hidupkanlah iman di dada kami setiap saat.

Related Posts with Thumbnails