letak le tajuk paper pon.. =)



Pertemuan dgn saudara Mas Yuri semalam byk membuka mata saya..pertemuan yang langsung tak dirancang tp boleh berlalu sehingga hampir sejam setengah..seorang sahabat ada menceritakan tentang perkara yang dibincangkan kepada saya malam semalam, iaitu berkenaan dengan FCR..walaupun kurang familiar dengan istilah tersebut, tapi dari penerangan yang diberikan oleh mereka, saya faham bahawa itu adalah satu bentuk dakwah dengan cara perbandingan agama..memang satu bentuk yang professional dan berintelek..mematahkan hujah dari pihak bukan islam dengan menggunakan Al-Qur’an, hadis, bible itu sendiri, konsep logik akal dan yang paling penting denagan cara yang lemah lembut..

Pernah 3 tahun lepas seingat saya, seorang senior di sekolah pernah membicarakan perkara ini kepada saya..dan sehingga hari ini saya masih terfikir2 apakah jawapan kepada soalan yang diberikan,,dan alhamdulilah, sebahagian nya Allah telah buka pengetahuanNya untuk saya memahami perkara tersebut.

Katanya, bayangkan jika seorang non muslim datang approach awak, dan tiba2 tanya… “awak kata tuhan awak adil, tapi kenapa awak lahir sebagai seorang Islam, tapi kenapa saya lahir sebagai bukan islam?..dimana keadilan Allah yang awak selalu sebutkan tu??” ha…macam mana nak jawab??

Soalan laen…kalo diorang kata kite orang islam nih sembah ka’abah, bukan sembah Allah..camner nak buktikan yang dakwaan mereka tuh salah??..pernah saya bertanya kepada seorang teman seislam..kalo lah tibe2 classmate kite yang non muslim tanyer kita tentang Islam..ape perkara yang mule2 kita patut bitau dier..takkan nak criter pasal hadis kot??pasal syurga neraka??pasal dosa?? Sampai sekarang takder jawapan konkrit yang saya dapat dari nya..

Btoi la kate Mas Yuri semalam, kalo sebelum nih biler ada jerk missionaries yang approach org islam, sumer akan lari sbb takut terpesong nyer akidah mereka..maybe tindakan mereka tuh btol..tapi bagi mereka yang mempunyai pengetahuan macam mane plak nak tarik missionaries tadi tuh kepada islam, itu adalah satu peluang yang sgt baik..silap2 aribulan..missionaries tuh plak yang dapat hidayah..siapa tahu..katanya lagi…kita xleh nak kate org yang bukan islam tuh kafir sesuka hati..Allah yang takdirkan dier menjadi begitu dan Allah tuh Maha Mengetahui akan setiap ciptaan nya..selagi setiap orang daripada mereka tidak menerima dakwah daripada orang islam, sebelum mereka menolak dakwah tersebut yang diberikan berserta dalil yang konkrit bahawa agama mereka adalah salah, itulah kafir yang sebenarnya…faham??bley rujuk Al Baqarah:6.

Konklusinya, dakwah kepada yang non muslim tuh jugak penting..jgn terlepas pandang..camner kalo setiap dari mereka dakwa kita di akhirat kelak sebelum sempat kita ajak mereka kenal agama kita??padahal mereka sentiasa bersama2 kita, berada disekeliling kita..ingat…umat nabi Muhammad s.a.w bukan hanyer sebagai umat ‘abid, tetapi juga umat da’ie..seteruk mana pon keadaan umat, nabi tidak akan dihantar lagi untuk membetulkan akidah mereka…kalo bukan tugas kita, tugas sape lagi??..renung2kan dan selamat beramal..

p/s: FCR adalah singakatan daripada friendly comparative religion..mmg setiap bulan ada buat modul..biasenyer 2 hari..diterajui oleh brother Shahkirit n the gang..next modul pd 20 n 21 jun nih kat setiawangsa..pastu akan ada follow up… tahniah kpd bdk2 ALG yg sanggup nak pegi esok for modul untuk bln nih..walau isnin nih ada final fizik A Level..semoga Allah memberkati niat dan usaha kalian..ameen..



Related Posts with Thumbnails