Sukarkah Untuk Berubah??

Salam Maal Hijrah 1430H buat semua pembaca..sedar tak sedar..lagi setahun umur berlalu..yang kanak2 meningkat remaja..yang remaja meningkat dewasa..yang dewasa menjadi tua..yang tua pula saban hari hanya mehitung masa untuk dipanggil yang esa..seeloknya, masa yang ada nih kita guna untuk terus bemuhasabah diri memikirkan betapa banyaknya dosa yang pernah dilakukan, sempurnakah solat kita seiring peningkatan usia kita, cukupkah amalan kita dan sudahkah kita bertaubat terhadap smua yang kita lakukan sama ada dalam kita sedar ataupun tidak...

Semalam, saat duduk bersahaja di rumah, beberapa msg salam maal hijrah masuk ke inbox nset..hehe..terima kasih buat syazana, muneera, n rashid sbb masih ingat kat empunya diri ini dan atas nasihat yang diberikan..tapi satu msg yang yg datang dr naqib usrah, Pak Cik Ramlan, walaupun simple dan ringkas, tapi memberi kesan yang mendalam bagi sesiapa yang mengerti dan memikirkan..

"Gaza dihujani peluru & bon semalam, 255 trbunuh & 600 cedera dlm serangan sejak 1967. Mari berhijrah dgn memartabatkan diri & umat. Salam Maal Hijrah 1430H”

Tanpa kita sedari, sebenarnya ramai saudara2 kita yang menderita di luar sana sedangkan kita pula hidup bersenang lenang di bumi Malaysia ini.. sedangkan nabi s.a.w pernah bersabda bahawa umat islam itu adalah bersaudara..so apa yang terdaya kita lakukan adalah..sama2lah kita berdoa untu kesejahteraan mereka dan supaya mereka terlepas dari kezaliman yang seakan tiada hentinya…

Teringat sebuah cerekarama terbitan tv3 sabtu lps..tajuknya ‘Sama..tapi Tak Serupa’..mmg bertepatan dgn tajuknya..cerita ini mengisahkan 2 keluarga yang berlainan sosiobudaya dan sosioekonominya..satu keluarga berpegang teguh dgn ajaran agama tetapi hubungan dgn manusia laen tak terjaga, merendah rendahkan golongan wanita dan tidak menghormati orang laen..ttp satu keluarga lagi..walaupun menyimpang jauh dari kehidupan beragama, ttp banyak melakukan kebajikan, dpt hidup dalam keluarga yang harmoni dan saling menghormati antara satu sama laen..tetapi akhirnya masing2 sedar akan kesilapan dan berjayan kembali ke pangkal jln..

Bercakap pasal perubahan, tidak semudah sebagaimana yang diucapkan..senangkah seorang perokok berhenti dari merokok? senangkah seorang pemalas menjadi ‘perajin’? Senangkah seorang pendosa berubah kpd sorang yg beramal soleh? Atau senangkah seorang pembuka aurat untuk terus munutup aurat tanpa perlu menunggu adanya gelaran ‘haji’ atau ‘hajjah’..pasti..jawapannya adalah tidak..itulah hakikat manusia, mmg sukar untuk berubah..tapi ingatlah firman Allah s.w.t

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sebelum kaum itu berjuang keras untuk mengubah nasibnya sendiri” (Surah ar-Raad ayat 11)

Ni ada satu cerita menarek..smoge dpt amek pengajaran..

Di satu sekolah di jerteh, seorang guru dgn tekun mengajar pelajaran sejarah kpd anak muridnya..kelihatan pula muridnya berbagai2 ragam..ada yang buat muke poyo, ada yang wat muke seposen, ada yang lena diulit mimpi dan ada yang curi2 berbual2 kosong..tapi suasana masih dlm keadaan terkawal..al maklumlah..subjek yang agak ‘menarek’..hehehe..tak lama lps tuh, cikgu tuh tiba2 jerk brenti mgajar n berkata kpd pelajarnya.. “..baiklah pelajar, cikgu ada satu aktiviti menarek untuk korang”..apa lagi..yang tertido terus terjaga, yang berckap tros berhenti, n yang focus plak, buat2 frust..hehehe… “..macam nih..” kata cikgu tersebut “..kalo cikgu angkat tangan kanan, korang ramai2 jerit ‘kelopak’ n biler cikgu angkt tgn kiri plak..korang kena jerit ‘jantung’ ramai2..paham….?”..serentak murid2nya menjawab.. “paham cikgu!!!” lalu cikgu tu pun berulang2 mengankat tangan kanan dan kirinya berselang seli..murid2nya dpt mengikut setiap arahan cikgu tadi dgn begitu cekap walaupun agak perlahan pada mulanya…riuh suasana kelas tersebut..cam ada koir plak..plajar2 ape lg..bkn sng bley menjerit time kelas bosan camtuh..hehehe

“Ok..skarang cikgu nak korang swith..biler cikgu angkat tangan kanan, korang kena jerit ‘jantung’ dan biler cikgu angkat tangn kiri plak, korang kena jerit ‘kelopak’… “oh..senang jerk tuh cikgu..beress..” jerit sorang pelajar yg agak glemer yg bernama Sein.. lalu cikgu tersebut melakukan hal yang serupa seperti tadi..ttp keadaan skarnag berlainan..pelajar2 nya agak konfius dgn arahan yang baru dgn arahan yang lama..agak berterabur pada mulanya..masih terbiasa dgn arahan yang lama..cikgu nya terus2 mengulang perbuatn tersebut..dan tidak lama selepas itu..pelajar2 mula dpt menyesuaikan diri dgn arahan baru tersebut..setelah merasakan apa yg dilakukan olehnya mencapai objektifya..guru tersebut berhenti..lalu bertanya kepada pelajarnya…

“Apa yang kamu dapat dari aktiviti ini Sein..?” tanyer cikgu tersebut.. “Er..Er..ntah la..enjoy kot..” tergagap2 Sein menjawab..serentak dgn itu..suasana dlm kelas gamat dgn derai ketawa pelajar2 laen…

“ Enjoy tuh mmg btol Sein..tapi ada menda penting yang cikgu nak sampaikan sblm cikgu tamatkan pengajaran hari nih..sebenarnya..semua manusia boleh berubah..semua tuh terletak pada kemahuan dan keyakinan masing2..keadaan persekitaran jugak byk mmbantu..macam apa yg cikgu telah buat tadi..mmg biler kita terbiase dgn satu perkara buruk yang kita lakukan, kita tidak akan merasakan ianya satu kesalahan dan senang jerk kita lakukan..contohnya merokok..tapi biler kite dah insaf dan mahu berubah..saat yang paling sukar adalah saat penyesuaian dgn suasana baru yang cuba kita hadapi..mcam keadaan biler cikgu switch arahan tadi tuh..mmg mase tu memerlukan azam yang kuat, dan sokongan yang berterusan..macam2 ujian yg akan kita tempuhi..maser tuh la kawan2 yg dulunya punyerlah kedekut nak bagi rokok kat kita, tp time tuh baek hati la plak nak bagi sekotak..tapi kalo kita berjaya lawan dan tahan nafsu kita..hasilnya, kita akan dpt mcm keadaan yg last skali tuh..yg maner kita akan berjaya adapt diri kita dengan suasana baru..atau dgn kata laen nyer,,kita berjaya berenti merokok..ok..fikir2kan dan selamat beramal…selamat tahun baru hijrah..” kata cikgu itu lalu berlalu meninggalkan kelas..

Suasana dlm kelas seakan2 berubah..semua pelajar sebuk mengulangkaji pelajran smbil menunggu cikgu Bio dtg ..tiada lagi yg tido..tiada yg berbual2 dan tiada yg maen..masing2 seakan2 mendapat suntikan baru dgn wajah yg penuh dgn azam baru…

Manusia Kerap Lupa Janji Tak Ulangi Maksiat

Al-Imam Ibnu Qayyim dalam kitabnya Al-Daa'wal Dawaa' berkata:

"kegembiraanmu dengan perbuatan dosa, tertawamu ketika melakukan dosa, kesedihanmu saat tidak dapat melakukan dosa, kesungguhanmu menutupi aib akibat dosa dan hatimu yang tidak boleh gementar ketika Allah memandang dosamu, semua itu lebih berat disisi Allah melebihi timbangan dosa itu."

Betapa mudahnya kita melupakan dosa sedangkan Allah merekodkan segala-galanya untuk sidang perbicaraan di akhirat. Bukankah sudah sampai kepada kita firman Allah mengenai nasib manusia yang mudah melupai dosanya.

Firman Allah yang bermaksud

"Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka Engkau akan melihat orang-orang Yang berdosa itu, merasa takut akan apa Yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa Kitab ini demikian keadaannya? ia tidak meninggalkan Yang kecil atau Yang besar, melainkan semua dihitungnya!" dan mereka dapati Segala Yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun" (Al Kahfi:49)

Mengapa manusia selalu mengulangi dosanya selepas bertaubat? Apakah kerana syaitan lebih bijak menyelewengkan mereka dengan hujah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun? Lalu mengapakah orang bodoh itu tidak berfikir apakah tujuan diciptakan neraka jika mereka semua kononnya boleh masuk syurga dengan cara mempermainkan pengampunan Allah?

Orang yang benar2 beriman tidak akan terjerumus ke dalam lubang sama dua kali dan orang yang benar yakin dengan perhitungan hari akhirat pasti akan berusaha menajadikan hari ini lebih baik daripada kelmarin dari segi peningkatan ilmu, iman dan ibadat.

Jadi panggilan apakah yang paling sesuai bagi mereka yang selepas bertaubat selalu berbuat dosa kembali secara berulang? Agaknya mereka ini sesuai dengan sebutan hamba Allah yang tidak tahu malu.

Seorang lelaki bertanya kepada Ibrahim Ibni Adham: " Wahai Imam, aku ingin bertaubat dan meninggalkan dosa tetapi aku selalu mengulangi dosaku, tunjukkanlah aku jalan yang mencegah aku dari bermaksiat lagi kepada Allah s.w.t."

Ibrahim Ibni Adham berkata: "Jika engkau ingain bermaksiat, janganlah engkau melakukannya di atas bumi milik Allah ini. Lelaki itu bertanya : Lalu dimanakah aku boleh melalkukannya? Ibrahim Ibni Adham menjawab: Keluarlah dari bumi-Nya. Dan jika engkau masih ingin melakukan maksiat, janganlah makan rezeki kurniaan-Nya. Lelaki itu bertanya: Bagaimana aku boleh hidup tanpa rezeki daripada Allah? Ibrahim berkata: "Tidakkah engkau rasa malu hidup di atas bumi-Nya dan makan daripada rezekiNya kemudian melakukan maksiat kepada-Nya?"

Mengapa ramai hamba Allah yang sudah bertaubat di hadapan Kaabah, disaksikan masjid Nabi s.a.w disisi makamnya, dengan lelehan air mata yang menyesakkan dada tetapi dengan sekelip mata mengulangi kembali perbuatan maksiat dan melupakan janji setia kepada Allah yang diikat di lehernya?

Dia ditipu oleh hasutan syaitan yang memanjangkan angan2 bahawa dengan hartanya dia boleh 10 kali lagi mengerjakan haji dan menambah amal saleh. Tetapi dia lupa sihat dan sakit, ajal maut semua ditangan Allah yang tidak mungkin dibeli dengan harta dan kedudukannya. Bagaimana jika Allah mencabut nyawanya dalam keadaan dia bermaksiat kepada Allah?

Begitu pula ketika seseorang ditimpa musibah,serta merta dia teringat kepada Allah dan depat bertaubat, tetapi dengan sedikit sahaja harta dan keuntungan yang Allah tambahkan, dia sudah lupa dan lalai kerana tidak tahan dengan ujian harta itu, akhirnya dia bermaksiat kembali tanapa rasa malau.

Jelaslah betapa pentingnya seorang hamba memiliki rasa malu kepada Allah supaya dia sentiasa berada dalam keadaan sedar dan terjaga mata hatiny, tidak tidur dan lalai dibius oleh kemaksiatan yang bermaharajalela. Bagaimanakah cara menumbuhkan rasa malu kepada Allah?


  • Ingatlah kurniaan Allah

Kadangkala Allah merahmati hamba-Nya dengan mengirimkan ilham ke dalam hati yang terdetik secara tiba2. Pernahkah kita rasai kurniaan Allah itu semakin banyak dilimpahkan seiring semakin tebalnya buku catatan dosa yang kita lakukan?

Mengapa Allah membalas dosa itu dengan rezeki yang semakin banyak, pujian manusia yang makin mengembangkan nama, jawatan semakin kukuh, kehidupan meningkat sejahtera padahal dosa dibuat berganda2 banyaknya?

Orang yang mendapat keuntungan dunia hendaklah selalu mengingati firman Allah yang bermaksud:

"Sesiapa Yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.. Merekalah orang-orang Yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa Yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa Yang mereka telah kerjakan."(Hud:15-16)

Ayat itulah yang menyebabkan Amirul Mukminin Muawiyah Bin Abu Sufyan menyungkurkan mukanya ke tanah lalu beliau menangis saat menghadapi sakaratul maut sambil mengulangi bacaan ayat berkenaan.

Mengapa Allah tidak terus menyeksa manusia pada kali pertama dia mengulangi doasanya, lalu dicabut rezeki dan keberuntungan daripada hidupnya, ditimpa musibah dan diazab secara langsung tanpa bertangguh?

Maha Suci Allah yang sentiasa memberi peluang kepada hambaNya untuk manusia sentiasa mengingati kurniaanNya. Dialah Allah yang melimpahkan nikmat supaya mereka bersyukur dan kembali pulang. Dia menangguhkan seksa kerana sayang kepada kita sedangkan orang yang berdekatan dengan kita terkena bala dan musibah. Fikirkanlah ilham yang hadir dalam hati. Belumkah lagi muncul hati yang malu milik hamba Allah yang beruntung ini?

Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengapa Baginda melakukan solat malam sehingga bengkak kaki sedangkan Allah telah menyucikan dirinya? Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidakkah aku menjadi hamba yang bersyukur kepada Tuhanku?" (Bukhari)

  • Telitilah aib diri
Ada seorang hamba yang berangan-angan masuk syurga dengan membawa sembahyang yang dilakukan dengan lalai hingga habis waktu, puasa yang koyak perisainya dengan dengki, pertengkaran dsan perbuatan keji, haji yang dilakukan tanpa reda dan hilang sabar, kering ilmu dan kosong amal.

Dia mahu mengetuk pintu syurga dengan tangannya yang berlumuran darah kerana mengambil hak saudaranya, menjerit minta diizinkan masuk padahal mulutnya masih berbau bangkai mayat saudaranya yang diumpat, matanya mengintai-ngintai taman syurga tetapi kabur oleh gelapnya bayang2 zina mata yang pernah dilakukan ketika melayari laman web lucah, SMS mesra dan jenayah seksual yang ditatapi setiap hari.

Jika tidak juga rasa malu melihat kekotoran diri, skeurang-kurangnya malulah bila melakukannya secara terang terangan. Apa yang akan terjadi kepada dunia apabila semua manusia berbuat maksiat secara terbuka dan tanpa rasa malu melakukannya.

Rosaklah masyarakat yang tenggelam dalam kebatilan apabila tiada yang menegakkan amar makruf nahi mungkar dikalangan mereka.Kemaksiatan dan kejahatan yang berakhir dengan kehancuran, semuanya bermula daripada hilangnya rasa malu.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hambaNya, pasti dia akan mencabut rasa malu dalam dirinya, jika dicabut rasa malu, maka kamu tidak akan menjumpainya melainkan orang itu membenci dan dibenci. Apabila kamu tidak menjumpainya kecuali ia membenci dan dibenci, dicabutlah rasa amanah daripadanya, maka jika dicabut rasa amanah, kamu tidak akan menjumpai kecuali ia khianat dan mengkhianati, dicabut kasih sayang daripadanya, maka jika kasih sayang dicabut, kamu tidak akan menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat, akhirnya dicabutlah ikatan keislaman darinya. (Riwayat Ibnu Majah)

  • Lihatlah iman dan amal orang lain.
Apabila seorang hamba berasa dirinya berada dibawah titik paling rendah dalam kadar hitungan amalnya, hendaklah ia melihat pada ketinggian iman orang lain di sekelilingnya. Perhatikan hamba Allah yang kusyuk berdoa sambil menangis, walaupun hati ini keras tak tembus dengan tangisan tapi sekurang-kurangnya kita mahu menangisi diri sendiri kerana tidak boleh menangis.

Betapa malunya membandingkan kejahilan diri kita dengan orang yang ihsan, riak yang terpalit di hati ini bandingkanlah dengan sifat ikhlas yang menghiasi jiwa orang lain.

Orang kaya yang bersedekah satu gantang beras berasa malu melihat orang miskin boleh bersedekah 10 kali ganda daripadanya. Semua orang mukmin yang mulia akhlak dan kuat ibadatnya serta luas kefahaman ilmunya menjadi teladan untuk kita.

Pandanglah mereka dengan penghormatan dan kemuliaan dan segera bandingkan dengan diri sendiri, dimanakah silapnya kita yang tidak setaraf iman dengan mereka. Jika mereka umpama bintang, kita pula hanya lilin kerdil yang kerjanya hanya membakar diri. Di antara orang yang malu dengan yang tak tahu malu, amat jauh beza pada pandangan manusia apa lagi jika Allah yang memandangnya.

Dr. Juanda Jaya
juanda72@hotmail.com


Related Posts with Thumbnails