xda tajuk...

just nak share..satu msg best yg saya dpt beberapa hari lepas dr sorang kawan..ringkas jerk..tp maknanye dalam...

'hadis nabi-hiduplah kamu seperti musafir dan seumpama melintas jalan''Fikir2 kan..

erm..perawi dier x disertakan sekali..saper tau..bley la share..

"Kehidupan ini sementara, dan Allah telah membelinyadari kita dengan syurga, maka adakah kita mahu menjual barangan buruk kepada Dia? hitung dan muhasabah kembal, amalan kita kepada Allah...Layakkah syurga untuk kita?? Jangan rasa senang dengan janji syurga Allah kepada semua muslim tanpa ibadah dan amalan soleh...~

p/s: rindu nak dengar nasihat n targhib dari 'sorang' hamba Allah..semoga Allah memberkati usaha dia dan menerima amalan2 dia...amin..

Tanda Pencipta Mencintai Manusia

APABILA rakyat mencintai rajanya, hal itu perkara lazim dilakukan. Bagaimanapun, suatu hal sungguh menyentuh hati ialah apabila seorang raja mengasihi rakyat tanpa pilih kasih. Sanggup berdebu dan menjejak tanah, memberi apa diminta dan mendengar setiap rintihan dengan hati paling lembut kepada rakyat.

Begitulah cinta Allah kepada hamba-Nya. Maha Agung dan Perkasa itu mengisytiharkan kedudukannya yang amat dekat kepada hamba-Nya.

Firman Allah bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Sesungguhnya apabila Allah mencintai hamba-Nya, ia dapat dilihat dengan jelas dan dirasa melalui hati bersih. Ketika Allah mencintai seorang hamba, maka jatuhlah ke dalam hati hamba itu ilham suci yang membuat dia mengenali tanda kecintaan-Nya.

Ada beberapa tanda yang boleh dirasa oleh hati manusia antaranya:

Tanda Allah mencintai seseorang ialah apabila dia menjadi begitu berminat dengan ibadah. Adakalanya sesetengah orang berusaha sekuat-kuatnya untuk beribadah, hatta melebihi kapasiti diri sebagai insan lemah. Tujuannya hanya satu iaitu mahu mencintai Allah.

Tetapi ibadahnya seolah-olah kosong tanpa rasa, tawar tiada kemanisannya, semangat imannya maju dan mundur, turun dan naik, akhirnya tenggelam pula dipukul arus dunia. Ketika beribadah semestinya seseorang mampu menghadirkan keyakinan bahawa saat itu Allah mencintai dirinya.

Pernahkah kita menikmati sujud yang panjang sambil menghadirkan dalam hati bahawa saat itulah Allah mengisytiharkan nama kita sebagai orang dicintai-Nya?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika Allah mencintai seorang hamba maka Ia berfirman: Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si polan maka cintailah dia.” (Riwayat Imam Ahmad)

Maka orang yang yakin bahawa Allah mencintai dirinya tidak pernah rasa was-was adakah ibadahnya diterima atau tidak? Jauh sekali rasa takbur kerana dia yakin yang menolongnya untuk melakukan ketaatan adalah Allah juga. Bukan kerana kehebatan dan kewarakan, melainkan Allah yang menuntun ke jalan takwa.

Kemudian dia sampai kepada satu makrifah mendalam mengenai Allah iaitu cinta Allah kepada hamba-Nya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan. Manusia boleh mengkhianati ibu bapanya atau anak dan isterinya, kawan atau kekasih atas alasan tidak mendapat keuntungan daripada perhubungan itu. Tetapi cinta Allah kekal tidak pernah luntur walaupun dicabar oleh sepak terajang hamba derhaka.

l Tanda Allah mencintai seseorang ialah apabila maksiat membuat dia bangkit mendekati Allah. Adakalanya dosa boleh mendatangkan manfaat iaitu apabila dosa itu akhirnya membawa kepada keinsafan, taubat dan istighfar.

Kemudian seseorang bangkit mengejar Allah, berusaha mendapatkan hatinya yang hilang di belantara maksiat. Ia sama sekali tidak berputus asa daripada rahmat Allah. Ia sentiasa mengingati janji Allah Yang Maha Pengampun.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (Surah al-Zumar, ayat 53-54)

Janganlah kerana dosa semalam seseorang menyangka Allah tidak sudi mendengar rintihannya, terputus tali langit di hatinya, tertolak segala doanya dan terusir dia daripada pandangan Allah.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya. Seandainya kamu tidak berdosa nescaya Allah akan mematikan kamu. Kemudian Allah akan mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa dan mereka memohon keampunan kepada Allah lantas Allah mengampuni mereka.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Hamba yang taat apabila perangainya berubah menjadi iblis pun Tuhan tetap menunggu, di setiap malam rintihan hamba itu diintip hingga ia pulang kembali ke sisi-Nya.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tuhan kita turun ke langit dunia pada waktu malam tatkala tiba sepertiga malam yang akhir lalu berfirman: Siapakah yang berdoa kepada-Ku nescaya aku terima, siapakah yang meminta kepada-Ku nescaya Aku beri dan siapakah yang meminta ampun nescaya Aku ampuni.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mengapa Allah masih mencari hamba-Nya yang jahat, membangkang dan suka berpaling dengan sombong? Kecintaan apakah itu yang boleh memaafkan sekeji-keji dan sehina-hina manusia? Betapa lembutnya Allah dan Maha Pengasih lagi Penyayang kepada makhluk-Nya.

Dengan cinta-Nya ditutupi segala aib hamba yang hina, memberi peluang berjuta kali dan menangguhkan seksa untuk tetap setia menunggu di langit dunia, bilakah agaknya hamba-Nya ini mahu membersihkan diri.

Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik: “Aku tahu bila Allah mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku.”

Tanda Allah mencintai seorang hamba ialah apabila dilapangkan dadanya menerima ilmu yang menjadi petunjuk ke jalan benar.

Allah tidak sesekali membiarkan seseorang insan terkapai-kapai dalam lautan dosa. Bahkan dikirim ke atas hati manusia petunjuk hidayah-Nya supaya manusia terselamat daripada gelombang keganasan dirinya sendiri.

Manusia dibekalkan hati, perasaan, akal dan fikiran untuk membezakan mana baik serta yang keji. Tidak cukup dengan itu, diutuskan juga Rasul, diturunkan al-Quran, dilahirkan pejuang agama-Nya terpilih untuk menerangi kegelapan seraya berdakwah fisabilillah.

Allah juga menjaga pusaka peninggalan Rasul iaitu ilmu Islam, menjaga al-Quran daripada pencerobohan manusia dan mewariskan sunnah Rasul-Nya supaya menjadi ikutan.

Baginda SAW bersabda bermaksud: “Apabila Allah mencintai seseorang maka ia membuatnya faham mengenai agamanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dipetik dr:

drjuanda.protajdid.com

We Will Not Go Down- Song For Gaza...





WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight



All Music and Content Copyrighted. All rights reserved. © 2009


Mengapa Perlu Menjaga Mutaba'ah??

Mutabaah (pengawalan) ibadah merupakan suatu elemen yang amat penting dalam proses pembinaan (takwin) seseorang muslim yang soleh dan musleh, atau dalam erti kata lain membentuk seorang muslim yang berdaya saing yang mampu melakukan pembaharuan untuk kebaikan agama, negara dan bangsa. Mutabaah ini sepatutnya diperiksa semasa halaqah atau usrah atau smartgroup yang diadakan secara rutin setiap minggu.

Mutabaah ibadah ini bukanlah merupakan suatu bentuk bid’ah (pembaharuan). Mari kita telusuri kembali sirah Nabawiyah seperti di bawah:


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa hari ini?” Kata Abu Bakar: “Saya”. Rasulullah SAW bersabda: “Kemudian siapa yang mengiringi jenazah hari ini?” Abu Bakar berkata: “Saya”. Sabdanya lagi: “Siapa yang memberi makanan kepada orang miskin hari ini?” Kata Abu Bakar: “Saya”. Sabdanya lagi: “Siapa yang menziarahi orang sakit hari ini?” Kata Abu Bakar: “Saya”. (HR Muslim)


Sesungguhnya Abu Bakar merupakan khalifah Ar-Rashidin yang pertama setelah kewafatan Nabi SAW dan beliau digelar As-Siddiq (membenarkan) oleh Nabi SAW. Hampir mustahil yang Abu Bakar itu bersifat sombong untuk menunjuk-nunjuk amalannya kepada khalayak ramai. Tidak lain dan tidak bukan Abu Bakar berbuat demikian sebagai contoh tauladan atau pembakar semangat kepada jemaah yang lain.


Mutabaah ibadah ini dapat menyuntik satu kekuatan kepada kita untuk terus beristiqomah, beristimrar dan terus tsabat dalam melaksanakan perintah Allah dan rasul-Nya. Sesungguhnya, untuk beristiqomah dalam melaksanakan perintah-Nya merupakan suatu perkara yang memerlukan keazaman yang bukan sedikit dan usaha yang berterusan, bukan seperti kata pepatah Melayu, “Seperti melepaskan batuk di tangga”. Firman Allah SWT dalam Surah Hud,11:112:


“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat berserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.”

Tanpa mutabaah yang mantap, apalah guna seseorang itu walau sehebat manapun kerjanya (dakwahnya). Firman Allah SWT dalam Surah As-Saff,61:2-3:


"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."


Sebagai tambahan rujuk pula hadis riwayat Imam Bukhori di bawah:


“Seseorang didatangkan pada hari kiamat, lalu dilempar ke neraka. Usus-ususnya menyemburat keluar dan ia mengitari penggiling tepung. Para penghuni neraka mengerumuni orang tersebut dan berkata kepadanya, ‘Hai si Fulan, apa terjadi padamu? Bukankah engkau dulu menyuruh kami mengerjakan perbuatan yang baik dan melarang kami mengerjakan kemungkaran?’ Orang tersebut menjawab, ‘Aku dulu menyuruh kalian mengerjakan perbuatan yang baik tapi aku sendiri tidak mengerjakannya dan melarang kalian mengerjakan kemungkaran tapi aku sendiri yang mengerjakannya.’.” (HR Bukhari)


Kita sebagai seorang muslim yang sentiasa mengaku dalam bacaan do’a Iftitah bahawa “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah Rabbul ‘Alamin” sepatutnya berakhlak dengan akhlak Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya, Nabi SAW itu merupakan kekasih Allah SWT dan rasul terakhir yang menjadi contoh tauladan kepada semua umat di dunia. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab,33:21


. “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

Berikut merupakan ibadah-ibadah yang biasa dimasukkan ke dalam senarai mutabaah:


q Qiyamullail (termasuk solat tahajjud)

q Solat Subuh berjemaah

q Bacaan al-Matsurat

q Solat Dhuha

q Tilawah Al-Quran

q Istighfar

q Hafalan Al-Quran/ Hadis

q Ziarah

Exam Mode


Trial exam dah dekat..
Doakan kejayaan kita semua..
Tingkatkan amal...
Study2 jugak..solat jgn lupe..
Qur'an bace selalu..
Zikir jgn tinggal...
Insya Allah..

PSC 'Binding Group 09'

Mmg di luar jangkaan..itulah yg dpt saya katakana ttg ‘Binding Group PSC 09’ yang tlh diadakan di Kem Rimba Ria Sg. Congkak Hulu Langat S’ngor pada 16-18 Jan yang lalu..sejujurnya, ikhlas saya katakan, ketika sem 4 bermula hampir sebulan yg lalu, saya mengharapkan kem yg dirancang semester 3 yang lepas sama sekali tidak berlaku..tapi, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik…akhirnya, program yang ‘tidak’ dirancang itu akhirnya berjalan dgn jayanya..

duk bincang strategi..tp ok la..group ni mng treasure hunt

Bila terkenang kembali, mmg raser nak tergelak pon ada, syukur pun ada, sbb sblm program, saya dan beberapa rakan yg laen tlh diberitahu yg kitorang just akan jd runners untuk program tersebut..tp akhirnya, pelbagai masalah yg sebenarnya adalah rahmat bg kami menjadikan kami semua ini sebagai pengendali program ini hampir seratus peratus..=)sebabnya, semua modul yang dibuat pada sepanjang 3 hari kem tersebut hanyalah berdasarkan pengalaman masing2 dan tidak pernah dirancang sekalipun..on the spot punyer modul la katekan..hehehe..seingat saya, antara modulnya MMS teroksida, sehati sebatu, piring terbang, treasure hunt, burung hantu, blind signal n mcam2 lagi la..

dah ttp mata pon bley macho lagi..adoyai

Syukran byk2 saya ucapkan kpd kawan2 muslimin, Rashid, Faiz, Amin, Hilman, dan Hanif krn byk mmbantu saya dlm mengendalikan program ni..kpd pihak akhawat, terutama kpd Ilham, Fadhilah, Ain, Aishah, Ashira, Najihah n Ijj'lal, setinggi-tinggi pengahargaan krn sudi mengorbankan masa study korang sumer slama 3 hari bersama saya mnjayakan program ni..mmg niat saya sbnarnya taknak melibatkan korang sumer, ttp mmg jelas saya lihat keihklasan dr korang sumer shingga sumer mantan AJK PSC muslimat turun padang..syabas saya ucapkan…

aktiviti brendam sblm khatan ramai2..haahaha

Program 3 hari tuh byk mmberi manfaat kpd saya secara x langsung..mmg kerjasama dlm berpasukan amatlah penting..kepada junior2 PSC, mmg bagus la korang sumer nih..sumer sporting n happening dlm mengikuti program nih..kalo tgk video cheers korang, mmg cayalah..sumer nama kumpulan cambest jerk..’Tak Tahu’..’Tak Cuak’..’SAFFFF’..’TU’ n kump ‘Tak Bincang’..mmg sempoi sumer2..harap ape yg korang dpt, aplikasikanlah dlm persatuan korang lps nih....

apa yang penting?.....KERJASAMA!!!

Kalo ikut Rashid di akhir program, dia suh sumer ahli beri kenangan manis, pahit n aktivit yg plg bg kesan kat diri msg2..saya pon ada gak la nak share kat sini pasal mnda nih..pengalaman manis, maser kitorang sumer mantan MT PSC duk bincang mlm tuh yg Akh Amin yg conduct..tyme tuh junior ada sesi dgn Abg Zu kat dwn..segala kecelaruan dan ketidaksefahaman kita selama 2 sem kita pgg jawatan dpt kite kongsi mlm tuh..time kasih wat sumer..kalo kenangan pahit, xda kot..makan nasi masin adalh..hahaha..kena suap plak tuh..adoyai..tapi ok la..mmg mnda nih sbnarnye yg bley mengeratkan ukhwah. Mmg ada gak junior yg tanyer..apa significant nyer kitorng wat menda tuh sumer..maybe korang x raser lg tyme nih, tp insya Allah someday..knangan xleh lupe??erm…sal program nih mmg saya xkan lupe..camner sbg seorang pengarah projek kna hadapi smua masalah, ada yg luka, ada yg sakit smasa program, ada yg kena tggl lam hutan kul 2 pagi tanpa ada pon yang sedar ada ahli yg kna tinggal n tanpa bantuan guru pengiring..tp sumer nih at least dpt beri saya pengalaman baru yang mmg x dpt saya dpt dlm pelajran formal hari2..

tada....hensem x kitorang??

Nak citer sumer mmg xkan abes..korang tgk la pic2 tuh k..salam..

laki pon pakai mekap??ish3..=)

Related Posts with Thumbnails