Manusia Kerap Lupa Janji Tak Ulangi Maksiat

Al-Imam Ibnu Qayyim dalam kitabnya Al-Daa'wal Dawaa' berkata:

"kegembiraanmu dengan perbuatan dosa, tertawamu ketika melakukan dosa, kesedihanmu saat tidak dapat melakukan dosa, kesungguhanmu menutupi aib akibat dosa dan hatimu yang tidak boleh gementar ketika Allah memandang dosamu, semua itu lebih berat disisi Allah melebihi timbangan dosa itu."

Betapa mudahnya kita melupakan dosa sedangkan Allah merekodkan segala-galanya untuk sidang perbicaraan di akhirat. Bukankah sudah sampai kepada kita firman Allah mengenai nasib manusia yang mudah melupai dosanya.

Firman Allah yang bermaksud

"Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka Engkau akan melihat orang-orang Yang berdosa itu, merasa takut akan apa Yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa Kitab ini demikian keadaannya? ia tidak meninggalkan Yang kecil atau Yang besar, melainkan semua dihitungnya!" dan mereka dapati Segala Yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun" (Al Kahfi:49)

Mengapa manusia selalu mengulangi dosanya selepas bertaubat? Apakah kerana syaitan lebih bijak menyelewengkan mereka dengan hujah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun? Lalu mengapakah orang bodoh itu tidak berfikir apakah tujuan diciptakan neraka jika mereka semua kononnya boleh masuk syurga dengan cara mempermainkan pengampunan Allah?

Orang yang benar2 beriman tidak akan terjerumus ke dalam lubang sama dua kali dan orang yang benar yakin dengan perhitungan hari akhirat pasti akan berusaha menajadikan hari ini lebih baik daripada kelmarin dari segi peningkatan ilmu, iman dan ibadat.

Jadi panggilan apakah yang paling sesuai bagi mereka yang selepas bertaubat selalu berbuat dosa kembali secara berulang? Agaknya mereka ini sesuai dengan sebutan hamba Allah yang tidak tahu malu.

Seorang lelaki bertanya kepada Ibrahim Ibni Adham: " Wahai Imam, aku ingin bertaubat dan meninggalkan dosa tetapi aku selalu mengulangi dosaku, tunjukkanlah aku jalan yang mencegah aku dari bermaksiat lagi kepada Allah s.w.t."

Ibrahim Ibni Adham berkata: "Jika engkau ingain bermaksiat, janganlah engkau melakukannya di atas bumi milik Allah ini. Lelaki itu bertanya : Lalu dimanakah aku boleh melalkukannya? Ibrahim Ibni Adham menjawab: Keluarlah dari bumi-Nya. Dan jika engkau masih ingin melakukan maksiat, janganlah makan rezeki kurniaan-Nya. Lelaki itu bertanya: Bagaimana aku boleh hidup tanpa rezeki daripada Allah? Ibrahim berkata: "Tidakkah engkau rasa malu hidup di atas bumi-Nya dan makan daripada rezekiNya kemudian melakukan maksiat kepada-Nya?"

Mengapa ramai hamba Allah yang sudah bertaubat di hadapan Kaabah, disaksikan masjid Nabi s.a.w disisi makamnya, dengan lelehan air mata yang menyesakkan dada tetapi dengan sekelip mata mengulangi kembali perbuatan maksiat dan melupakan janji setia kepada Allah yang diikat di lehernya?

Dia ditipu oleh hasutan syaitan yang memanjangkan angan2 bahawa dengan hartanya dia boleh 10 kali lagi mengerjakan haji dan menambah amal saleh. Tetapi dia lupa sihat dan sakit, ajal maut semua ditangan Allah yang tidak mungkin dibeli dengan harta dan kedudukannya. Bagaimana jika Allah mencabut nyawanya dalam keadaan dia bermaksiat kepada Allah?

Begitu pula ketika seseorang ditimpa musibah,serta merta dia teringat kepada Allah dan depat bertaubat, tetapi dengan sedikit sahaja harta dan keuntungan yang Allah tambahkan, dia sudah lupa dan lalai kerana tidak tahan dengan ujian harta itu, akhirnya dia bermaksiat kembali tanapa rasa malau.

Jelaslah betapa pentingnya seorang hamba memiliki rasa malu kepada Allah supaya dia sentiasa berada dalam keadaan sedar dan terjaga mata hatiny, tidak tidur dan lalai dibius oleh kemaksiatan yang bermaharajalela. Bagaimanakah cara menumbuhkan rasa malu kepada Allah?


  • Ingatlah kurniaan Allah

Kadangkala Allah merahmati hamba-Nya dengan mengirimkan ilham ke dalam hati yang terdetik secara tiba2. Pernahkah kita rasai kurniaan Allah itu semakin banyak dilimpahkan seiring semakin tebalnya buku catatan dosa yang kita lakukan?

Mengapa Allah membalas dosa itu dengan rezeki yang semakin banyak, pujian manusia yang makin mengembangkan nama, jawatan semakin kukuh, kehidupan meningkat sejahtera padahal dosa dibuat berganda2 banyaknya?

Orang yang mendapat keuntungan dunia hendaklah selalu mengingati firman Allah yang bermaksud:

"Sesiapa Yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.. Merekalah orang-orang Yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa Yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa Yang mereka telah kerjakan."(Hud:15-16)

Ayat itulah yang menyebabkan Amirul Mukminin Muawiyah Bin Abu Sufyan menyungkurkan mukanya ke tanah lalu beliau menangis saat menghadapi sakaratul maut sambil mengulangi bacaan ayat berkenaan.

Mengapa Allah tidak terus menyeksa manusia pada kali pertama dia mengulangi doasanya, lalu dicabut rezeki dan keberuntungan daripada hidupnya, ditimpa musibah dan diazab secara langsung tanpa bertangguh?

Maha Suci Allah yang sentiasa memberi peluang kepada hambaNya untuk manusia sentiasa mengingati kurniaanNya. Dialah Allah yang melimpahkan nikmat supaya mereka bersyukur dan kembali pulang. Dia menangguhkan seksa kerana sayang kepada kita sedangkan orang yang berdekatan dengan kita terkena bala dan musibah. Fikirkanlah ilham yang hadir dalam hati. Belumkah lagi muncul hati yang malu milik hamba Allah yang beruntung ini?

Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengapa Baginda melakukan solat malam sehingga bengkak kaki sedangkan Allah telah menyucikan dirinya? Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidakkah aku menjadi hamba yang bersyukur kepada Tuhanku?" (Bukhari)

  • Telitilah aib diri
Ada seorang hamba yang berangan-angan masuk syurga dengan membawa sembahyang yang dilakukan dengan lalai hingga habis waktu, puasa yang koyak perisainya dengan dengki, pertengkaran dsan perbuatan keji, haji yang dilakukan tanpa reda dan hilang sabar, kering ilmu dan kosong amal.

Dia mahu mengetuk pintu syurga dengan tangannya yang berlumuran darah kerana mengambil hak saudaranya, menjerit minta diizinkan masuk padahal mulutnya masih berbau bangkai mayat saudaranya yang diumpat, matanya mengintai-ngintai taman syurga tetapi kabur oleh gelapnya bayang2 zina mata yang pernah dilakukan ketika melayari laman web lucah, SMS mesra dan jenayah seksual yang ditatapi setiap hari.

Jika tidak juga rasa malu melihat kekotoran diri, skeurang-kurangnya malulah bila melakukannya secara terang terangan. Apa yang akan terjadi kepada dunia apabila semua manusia berbuat maksiat secara terbuka dan tanpa rasa malu melakukannya.

Rosaklah masyarakat yang tenggelam dalam kebatilan apabila tiada yang menegakkan amar makruf nahi mungkar dikalangan mereka.Kemaksiatan dan kejahatan yang berakhir dengan kehancuran, semuanya bermula daripada hilangnya rasa malu.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hambaNya, pasti dia akan mencabut rasa malu dalam dirinya, jika dicabut rasa malu, maka kamu tidak akan menjumpainya melainkan orang itu membenci dan dibenci. Apabila kamu tidak menjumpainya kecuali ia membenci dan dibenci, dicabutlah rasa amanah daripadanya, maka jika dicabut rasa amanah, kamu tidak akan menjumpai kecuali ia khianat dan mengkhianati, dicabut kasih sayang daripadanya, maka jika kasih sayang dicabut, kamu tidak akan menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat, akhirnya dicabutlah ikatan keislaman darinya. (Riwayat Ibnu Majah)

  • Lihatlah iman dan amal orang lain.
Apabila seorang hamba berasa dirinya berada dibawah titik paling rendah dalam kadar hitungan amalnya, hendaklah ia melihat pada ketinggian iman orang lain di sekelilingnya. Perhatikan hamba Allah yang kusyuk berdoa sambil menangis, walaupun hati ini keras tak tembus dengan tangisan tapi sekurang-kurangnya kita mahu menangisi diri sendiri kerana tidak boleh menangis.

Betapa malunya membandingkan kejahilan diri kita dengan orang yang ihsan, riak yang terpalit di hati ini bandingkanlah dengan sifat ikhlas yang menghiasi jiwa orang lain.

Orang kaya yang bersedekah satu gantang beras berasa malu melihat orang miskin boleh bersedekah 10 kali ganda daripadanya. Semua orang mukmin yang mulia akhlak dan kuat ibadatnya serta luas kefahaman ilmunya menjadi teladan untuk kita.

Pandanglah mereka dengan penghormatan dan kemuliaan dan segera bandingkan dengan diri sendiri, dimanakah silapnya kita yang tidak setaraf iman dengan mereka. Jika mereka umpama bintang, kita pula hanya lilin kerdil yang kerjanya hanya membakar diri. Di antara orang yang malu dengan yang tak tahu malu, amat jauh beza pada pandangan manusia apa lagi jika Allah yang memandangnya.

Dr. Juanda Jaya
juanda72@hotmail.com


Pengorbanan@Korban


Ayat Quran

“ Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.” QS. 22 : 27

“Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.” QS. 22 : 28

“ Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah).” QS. 22 : 34

“Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah sholat karena Rabb-mu dan berkurbanlah.” QS. 108 : 1 – 2

Hadist


Dari Aisyah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:"Amal yang paling disukai Allah pada hari penyembelihan adalah mengalirkan darah haiwan qurban, sesungguhnya haiwan yang diqurbankan akan datang (dengan kebaikan untuk yang melakukan qurban) di hari kiamat kelak dengan tanduk-tanduknya, bulu dan tulang-tulangnya, sesungguhnya (pahala) dari darah haiwan qurban telah datang dari Allah sebelum jatuh ke bumi, maka lakukanlah kebaikan ini". (H.R. Tirmidzi)


Hadist Ibnu Abbas Rasulullah bersabda:"Tiada sedekah wang yang lebuh mulia dari yang dibelanjakan untuk qurban di hari raya Adha"(H.R. Dar Qutni)


Dari Jundub r.a. :Rasulullah melaksanakan solat (idulAdha) di hari penyembelihan, lalu beliau menyembelih, kemudian beliau bersabda:"Barangsiapa menyembelih sebelum solat maka hendaknya ia mengulangi penyembelihan sebagai ganti, barangsiapa yang belum menyembelih maka hendaklah ia menyembelih dengan menyebut nama Allah". (H.R. Bukhari dan Muslim)


Dari Barra' bin 'Azib, bahwa paman beliau bernama Abu Bardah menyembelih qurban sebelum sholat, lalu sampailah ihwal tersebut kepada Rasulullah s.a.w. lalu beliau bersabda:"Barangsiapa menyembelih sebelum solat maka ia telah menyembelih untuk dirinya sendiri dan barang siapa menyembelih setelah solat maka sempurnalah ibadahnya dan sesuai dengan sunnah (tradisi) kaum muslimin"(H.R. Bukhari dan Muslim)


Hadist Barra' bin 'Azib, Rasulullah s.a.w. bersabda:"Pekerjaan yang kita mulai lakukan di hari ini (Idul Adha) adalah solat lalu kita pulang dan menyembelih, barangsiapa melakukannya maka telah sesuai dengan ajaran kami, dan barangsiapa memulai dengan menyembelih maka sesungguhnya itu adalah daging yang ia persembahkan untuk keluarganya dan tidak ada kaitannya dengan ibadah"(H.R. Muslim)


Qatadah bin Nu'man meriwayatkan Rasulullah bersabda:"Dulu aku melarang kalian memakan daging qurban selama tiga hari untuk memudahkan orang yang datang dari jauh, tetapi aku telah menghalalkannya untuk kalian, sekarang makanlah, janganlah menjual daging qurban dan hadyu, makanlah, sedekahkanlah dan ambilah manfaat dari kulitnya dan janganlah menjualnya, apabila kalian mengharapkan dagingnya maka makanlah sesuka hatimu"(H.R. Ahmad)


Nabi SAW bersabda,“Barangsiapa menjual kulit kurbannya, maka tidak ada (pahala) kurban baginya.” (HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)


Dari Ali bin Abi Thalib RA, dia berkata,”Rasulullah SAW telah memerintahkan aku mengurusi unta-unta beliau (hadyu) dan membagikan daging-dagingnya, kulit-kulitnya untuk kaum miskin. Nabi memerintahkanku pula untuk tidak memberikan sesuatu pun darinya bagi penyembelihnya (jagal) [sebagai upah].” (Muttafaq ‘alaihi)


“Aku datang kepada kalian, sedangkan kalian memiliki dua hari raya yang kalian bersuka ria padanya di masa jahiliyyah, kemudian Allah menggantikan untuk kalian du a hari raya yang lebih baik dari keduanya; hari ‘Iedul Qurban dan hari ‘Iedul Fitri.” (HR. Ahmad, Abu Daud, An-Nasai dan Al-Baghawi)


Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. (yang artinya) : “ Siapa yang memiliki kelapangan (harta) tapi ia tidak menyembelih kurban maka jangan sekali-kali ia mendekati mushalla kami" (HR. Ahmad, Ibnu Majah, Ad-Daruquthni, Al-Hakim)


Dari Aisyah r.a ia berkata "Dahulu kami biasa mengasinkan daging udhhiyah (qurban) sehingga kami bawa ke Madinah, tiba-tiba Nabi saw bersabda: "Janganlah kalian menghabiskan daging udhiyah (qurban) hanya dalam waktu tiga hari". (HR. Bukhari, Muslim)

Kelebihan 10 Hari-hari Pertama Zulhijjah

Dipetik dari inijalanku.wordpress.com

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Adab dan Sunnah

Salam kpd sume sahabat..
dah lama tak tulis blog ni..bkn ape, xda idea campur xda masa..hehehe..
tapi takper..malam nih, kita kongsi la sket2 apa yg boleh kiter kongsi..
moge2 sumer dapat amek iktibar dan amalkan..

Dalam idup kita sehari2, sebenarnya byk adab2 dan sunnah2 yg sepatutnya kita amalkan..
contohnya...adab tidur..bayangkan, katakan umur kita estimate nye 60 tahun la...tu purata la senang kata...tapi kajian menunjukkan yg kite nih habiskan umur kita selama 20 tahun untuk tido jerk..and kalo kita tido nih x ikut sunnah dan adab2 nya..maknanya, 20 tahun idup kita akan jd sia2...nauzubillah...

Sbb tuh, apa2 yg kita buat, kna ikut sunnah and niatkan sbg ibadat kpd Allah..kita dah byk blaja dan baca sebenarnya, tapi nak datangkan amal agama dalam diri kita tuh yg jadi ssh...tapi insya Allah..kalo kite istiqamah dan ikhlas dalam beramal, amal2 agama tuh akan lekat dlm diri kita dan menjadi pembimbing diri kita...

Buat mase nih, sy nak share adab2 dan sunnah makan cara Rasulullah s.a.w..
sbb nye mkn nih slalu kita buat..dan tanpa kita sedari sebenarnya cara kita mkn arini sgt jauh dr cara junjungan besar kita s.a.w makan..sblom pegi kpd adab, saya nak citer sket pasal sirah ttg sunnah makan nih..citer nyer camni...pada zaman Rasulullah s.a.w dulu, ada sekumpulan sahabat nabi s.a.w telah dijemput oleh pembesar Arab ke satu jamuan makan..dlm jamuan tuh, sahabat2 telah dihidangkan dgn pelbagai hidangan...tapi ada satu hidangan yang mana para sahabat tak sentuh pun...iaitu buah anggur..lalu mereka ditanya oleh pembesar yg menjemput mereka dtg ke jamuan tersebut kenapa mereka tidak makan buah anggur yg dihidangkan..lantas dengan sifat rendah diri, para sahabat menjawab yg mereka tidak tahu bagaimana cara nabi s.a.w mkn buah anggur...masya Allah...

Lihatlah bagaimana para sahabat bersungguh2 mengamalkan sunnah nabi s.a.w...kebanyakan kita hari ini meninggalkan sunnah sebab katanye itu hanyalah sunnah (sunat) tapi para sahabat ikut sunnah, sbb itu adalah sunnah nabi s.a.w..

Nabi s.a.w pernah bersabda
" sesiapa yg mengamalkan sunnahku, bermakna dia mencintai aku,barangsiapa yang mencintai aku dia akan masuk kedalam syurga bersamaku di akhirat kelak"

Antara adab2 dan sunnah ketika mkn ialah
  • makan secara berjemaah
  • basuh tangan sebelum mkn
  • tunggu makanan dihidang, bkn makanan yg menunggu
  • makan hendaklah beralas
  • makan buah terlebih dahulu
  • habiskan makanan sblm minum air
  • baca doa lihat makanan
  • baca doa sblm makan
  • baca doa selepas makan
  • sisipkan (jilat) jari selepas makan
  • kalo x duduk atas kerusi, bley praktis duduk makan secara sunnah...( ssh nk tunjuk kat sini..heheh)
  • berhenti sblm kenyang
  • semasa mkn, bykkan cerita pasal agama or dakwah..

sy rase tuh jer yg sy ingat..sebenarnya byk lagi..sape2 yang nak tambah silekan...sama2 kita muzakarah..=)



Peribadi Seorang Da'ie

Dipetik dari www.iluvislam.com
oleh Abdul Muntaqim

Seorang da’ie harus memahami bahawa jalan dakwah tidak pernah sunyi daripada ujian dan dugaan. Al-Quran telah berulang-ulang kali memberikan peringatan dan perangsang;

“Maka bersabarlah kamu seperti orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul- rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka...” (Al-Ahqaf: 35)

“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”

(Luqman: 17)

Seorang da’ie itu harus mempunyai ketabahan hati agar mampu berhadapan dengan bermacam dugaan dan cubaan. Tambahan lagi, dugaan dan cubaan itu datangnya daripada sumber yang pelbagai.


Cabaran Luaran

Renungilah firman Allah S.W.T. tentang ancaman cubaan dari luar;

“Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, agar kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami; dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia.” (Al-Israa’: 73)

Jika tiada kemantapan ilmu dan keteguhan iman di dada, pasti kita terpaling sedikit. Dan biarpun kita terpaling hanya sedikit, tetapi balasannya cukup besar.

“Dan kalau Kami tidak memperkuat (hati)mu, nescaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka. Kalau terjadi demikian, benar-benarlah Kami akan rasakan kepadamu (siksaan) berlipat ganda di dunia ini dan begitu (pula siksaan) berlipat ganda sesudah mati, dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun terhadap Kami.” (Al-Israa’: 74-75)

Renungilah kisah penawaran pihak kafir Quraisy kepada Rasulullah s.a.w.;
Kaum Quraisy tidak akan menghalangi pekerjaan Rasul. Islam boleh hidup terus. Malah mereka akan bersedia turut bersama-sama beribadah secara Islam pula, asal orang-orang Islam mahu turut pula, memuja dewa-dewa yang mereka puja. Boleh berganti-ganti setahun ke mari, setahun ke sana.

“Dan apabila ada unsur-unsur kebaikan yang engkau bawa, maka kami akan bersama-sama dengan engkau menjalankannya; dan kami akan ambil bahagian kami daripadanya. Dan jika ada unsur-unsur kebaikan yang ada pada kami, bersama-sama pulalah engkau menjalankannya; dan engkau ambillah bahagianmu daripadanya.”

Rasulullah s.a.w. menjawab:


“Berlindung aku dengan Allah, jangan sampai aku menysirikkan Dia dengan dengan lainnya.”

Kaum Quraisy pun mengurangkan isi tawaran mereka:
“Kalau begitu, engkau terimalah sebahagian sahaja dari tuhan-tuhan kami, kami akan akui kebenaranmu; dan kami sembah Tuhanmu.”

Dengan cepat dan tegas Rasulullah s.a.w. memberikan jawapan dengan firman Allah S.W.T.

“Katakanlah: Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku.” (Al-Kaafiruun: 1-6)

Dan cubaan itu akan terus datang dalam pelbagai bentuk. Kadang kala berupa siksaan dan penderitaan. Inilah hakikat yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku.

Bertanya Sa’ad bin Abi Waqqas: “Di antara manusia, siapakah yang mendapat seberat-berat ujian, ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Para Nabi, kemudian orang-orang yang sama seperti mereka; lalu orang-orang yang sama dengan mereka itu pula.”


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Cabaran Dalaman

Seorang da’ie itu, disebabkan oleh jiwa perjuangan dan idealisme murninya, adalah seorang yang tidak biasa dengan soal-soal mencari nafkah, seorang yang tidak dapat masuk ke dalam sistem kepegawaian yang biasa, seorang yang tidak boleh melalui birokrasi mencengkam, seorang yang tidak boleh terikat dengan apa-apa kepentingan kerana lidahnya lancar menuturkan kata-kata yang kadang-kala tajam dan pedas. Lalu timbul masalah bila masyarakat masih kurang memahami dan masih rendah taraf ekonominya; siapa yang akan membiayai kerja-kerja dakwah? Siapa yang akan membiayai kehidupan para pendakwah?
Apatah lagi bila sudah berkeluarga, cabarannya semakin meningkat. Adakah hendak diutamakan kehidupan pasangan dan anak-anak? Ataupun perjuangan yang harganya adalah kehidupan sederhana dan kadang-kala melarat? Kerana itulah Rasulullah s.a.w. mengingatkan kepada isteri-isterinya:

“...Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut’ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi sesiapa yang berbuat baik di antaramu pahala yang besar.” (Al-Ahzab: 28-29)

Sebab itulah, seorang da’ie itu harus memastikan dua perkara:

1. membina pengaruh dan memastikan pengaruh yang diperolehi itu tetap bersih daripada unsur-unsur yang tidak sihat, dan jangan sampai penghormatan sampai ke tahap ta’sub dan memuja-muja.

2. da’ie itu sendiri jangan hanyut dalam populariti dan pengaruh yang diperolehi sehingga dia lupa daratan dan menyimpang dari tujuan dakwah yang sebenarnya.


Sumber Kekuatan

Sumber kekuatan untuk berhadapan dengan segala macam dugaan dan cabaran tidak lain dan tidak bukan adalah daripada Allah S.W.T. Oleh sebab itu seorang da’ie perlu berusaha membina hubungan yang baik dengan Allah S.W.T.

“Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah: ‘Ya Yuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.’'
(Al-Israa’: 78-80)

Usahlah kita gentar dan gusar lagi andai kita sudah dekat dengan Allah S.W.T. kerana Allah pasti bersama kita. Sepertimana yang dibisikkan oleh Ilahi kepada kedua utusan-Nya, Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. tatkala mereka dalam kegusaran untuk berhadapan dengan Firaun yang zalim.

“...Janganlah kamu berdua khuatir, sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat.” (Thaahaa: 46)

Related Posts with Thumbnails