Posted by
Husaini
Thursday, August 27, 2009
at
8:31 PM
Alhamdulillah..pejam celik pejam celik..dah 6 hari puase.kejap jerk rase..kalo la yg 24 hari lg yg balance tuh pon berlalu dgn cepatnyer, alangkah ruginyer…betapa byk amalan yg masih belom tercover..sedangkan kalo nk fikir2 blk, bln ramadhan nil ah bulan yg selalu di tunggu2 saban tahun..tapi biler dah dapat peluang untuk bersama ramadhan, byk amalan yg ditinggalkan, byk amalan yg dilupakan..nak buat macam maner..iman lemah..dunia pon byk masuk dlm hati..dengan urusan itu dan ini yg tak abes2..bak kater sorang teman.. “ kalo ckp sal dunia mmg x abes..”..mmg btol pon apa yg dier ckp tuh..dah la iman lemah..byk pulak pk sal dunia..aduyai..
Paper pon, syukur byk2..alhamdulillah..berkat bulan Ramadhan ni, rezeki melimpah ruah..nak kata berniaga, tak jugak, nak kata bertani, tak jugak..tapi tuh la..dah rezeki tuh tertulis untuk kiter..takkan ke mana..tapi kiter xleh jugak luper dgn rezeki2 yg kiter dpt tuh..mgkin sengaja Allah nak uji kiter dgn kemurahan rezeki yg dikurniakannya..bykkan lah sedekah di bulan yg mulia nih..mgkin dlm rezeki yg kiter dpt tuh..ada juga rezeki org laen..cume Allah s.w.t gunakan kita yg lemah nih untuk menyampaikan kepada yg sepatutnyer..so biler dpt rezeki tuh, byk2 la syukur pada Allah s.w.t..gunakan dengan sebaiknyer..=)
"sesiapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. siapa yang tidak mensyukuri manusia, beerti dia juga tida mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah itu adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. berjemaah itu dirahmati, sedankan berpecah belah itu mengundang azab ".
Salam ramadhan..seringkali kita berasa malas untuk bangun sahur..sedangkan sahur itu sendiri byk memberi rahmat dan keberkatan kepada kita..kalo ikut pengalaman saya, nak senang bangun sahur, ada satu cara yg mudah..bukan hanya untuk bangun sahur, tapi jugak kalo kite ada azam untuk bertahajud..formula nya, seblm tido, buat adab tido cara nabi s.a.w..insya Allah, dipermudahkan..
Sahur bukan bermaksud mngambil makanan sehingga mengeyangkan, cukup sekadar untuk mengalas perut dan mengambil keberkatan sahur dan sunnah nabi s.a.w..kalo dah mls sgt tuh, makan jerk kurma 3 biji dgr segelas air masak..then tido la blk..better dr x bgn langsung kan..hehehe..
Nabi s.a.w bersabda.
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiyallahu ‘anhu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Pembeda antara puasa kita dengan puasanya Ahlul Kitab adalah makan sahur.” (HR Muslim 1096).
“Barang siapa menghidupkan sunnahKu ketika rosak umat-Ku maka baginya mendapat pahala seratus syahid."-Hadith
Oleh itu berhati-hatilah melakukan amal supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang baik disepanjang bulan Ramadhan dan dibawah ini dicatatkan amalan-amalan mengikut sunnah.
1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat) 8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18.Solat Zuhur berjemaah.
19.Tadarus pendek.
20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21.Solat Asar berjemaah di Masjid.
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24.Segera Solat Maghrib di Masjid.
25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.
KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN
1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat. Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan
1. Sebelum puasa timbang badan
2. Kawal berbuka puasa
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan
4. Elakan daripada makan berlebihan
RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN
1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :
i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul) , Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.
vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.
Posted by
Husaini
Tuesday, August 18, 2009
at
8:43 PM
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
“Di bumi ini kita ditemukan Satu arah, satu perjuangan Satu Akidah, satu pegangan Asasnya terjalin ikatan Ukhuwwah Fillah tidakkan musnah Walaupun ombak walau badai mendesah tautan erat tak mungkin patah Dengan ismullah kite berbai'ah Bertemu berpisah hanya kernaNya semata Redha Allah kita cari, moga kitakan dirahmati Dengan niat yang suci bertemu kembali di negeri abadi Demikian manisnya mahabbah murni limpahan kasih anugerah ilahi tepancar cahaya penuhi hati An-nur suci dariMu Rabbi..”
Di bumi ini kita ditemukan Satu arah, satu perjuangan Satu Akidah, satu pegangan Asasnya terjalin ikatan Ukhuwwah Fillah tidakkan musnah Walaupun ombak walau badai mendesah tautan erat tak mungkin patah Dengan ismullah kite berbai'ah Bertemu berpisah hanya kernaNya semata Redha Allah kita cari, moga kitakan dirahmati Dengan niat yang suci bertemu kembali di negeri abadi Demikian manisnya mahabbah murni limpahan kasih anugerah ilahi tepancar cahaya penuhi hati An-nur suci dariMu Rabbi
"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik untuk kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah) Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." -(surah Al-Baqarah, ayat:216)-
Coretan..
Kata Ulama, apabila imaniat betul, ibadat akan diterima. Apabila ibadat diterima, muamallat akan jadi betul. Apabila muamallat betul, muasyarat akan jadi betul. Apabila muasyarat betul barulah akhlak akan jadi betul! Itulah turutannya. Apabila imaniat, ibadat, muamallat dan muasyarat betul barulah akhlak akan jadi betul!