Exam sudah habis !!


Exam sudah habis,
Bersyukurlah,

Alhamdulillah

Lepas sket beban dunia..

Exam sudah habis,
Bertawakkallah kepada Allah,

Usaha dah usaha
Redha dan berserahlah pulak

Tapi,

Exam sudah habis,
Solat jemaah di surau di
tinggalkan,

Amalan ziarah diabaikan

Mesyuarat harian dilupakan
Kita cari Allah semasa susah j
e ke?

Exam sudah habis,

Solat sunat terus tak buat,

Zikir harian ntah ke mana..

Hak Al Qur’an pulak x ditunaikan..

Lagi sedey biler ada yang tanyer..

“Al Qur’an ada hak jugak ker??”
Kita lupa Allah semasa senang,
kan?

Exam sudah habis,
So, tak perlu lagi stay up,

Betul ke?

Tak nak solat malam2 nangis kerana Allah?

Taknak stay up kerana Allah?

Tak nak bertaubat kepada Allah?

Exam sudah habis,
Boleh marathon tengok movies,

Boleh marathon main DOTA,
Boleh marathon tidur,
Boleh marathon berchatting,

Boleh marathon facebooking,

Lagi best, boleh marathon “Friends For Sale’ing”

Boleh marathon main futsal malam2 buta..

Boleh marathon seluruh dunia
Boleh marathon
bermacam-macam lagi.

Betul ke?

Tepat ke?
Yakin ke?

Puas hati ker?
Pernah dengar satu firman Allah swt tak?

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-
sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) (94:7)

Tak percaye?

Taknak ikut?
Jangan menyesal kat akhirat nanti!!




Al Fatihah buat Syeikh Ustaz Dr Muhammad Fathi Yakan


13 Jun - Dunia Islam dikejutkan dengan pemergian seorang da'iyah yang cukup terkenal di medan lapangan dakwah, Syeikh Fathi Yakan, pagi tadi selepas bertarung dengan penyakitnya beberapa lama. Beliau yang merupakan Ketua Pakatan Amal Islami Lubnan meninggal dunia pada usia 76 tahun.


Beliau dilahirkan pada tahun 1933 di Tarablus, Utara Lubnan. Sepanjang penglibatan dalam amal Islami, beliau dianggap sebagai salah seorang tokoh utama dan penting bagi gerakan dakwah Islam di Lubnan secara khususnya dan di seluruh dunia Islam secara umumnya. Beliau merupakan pengasas gerakan dakwah Islam di Lubnan pada tahun 1950-an.

Beliau juga telah memainkan peranan yang sangat penting dan meninggalkan sumbangan yang amat besar dalam meletakkan dasar-dasar utama kepada pemikiran dan fikrah gerakan-gerakan Islam di dunia Arab dan Islam. Di antara siri karya-karya da'awie beliau yang banyak digunapakai oleh penggerak-penggerak dakwah adalah buku "Apa Ertinya Aku Menganut Islam", "Permasalahan Dakwah dan Da'iyah" dan "Abjadiyat Tasawwur Haraki dalam Amal Islami". Karya-karya berharga beliau telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain termasuklah bahasa Melayu.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihanraya tempatan Lubnan ada tahun 1992, dan memenangi kerusi Tarablus. Beliau juga merupakan salah seorang panel Konvensyen Islam Antarabangsa. Di dalam Lubnan, peribadi beliau digambarkan sebagai seorang patriotik, seorang yang menyeru dan berusaha kepada kesatuan perpaduan, dan merungkaikan perselisihan atau perbalahan di kalangan masayarakat Lubnan, terutama sekali di antara golongan majoriti dan minoriti.

Semoga Allah mengampuni dosa beliau, meletakkan beliau bersama para Nabi dan Rasul, para Siddiqin, Syuhada' dan Solihin, mereka semua adalah sebaik-baik teman di sana. Moga Allah mengganjari semua amal beliau semasa hidup, mengurniakan kepada kita kemampuan untuk menuruti langkah perjuangan, tunjuk ajar dan contoh tauladan yang ada pada peribadi beliau.
Wahai sheikh, kita tak pernah bersua di dunia, kami berharap semoga kita akan bersua di sana nanti. Amin.

Related Posts with Thumbnails