letak le tajuk paper pon.. =)



Pertemuan dgn saudara Mas Yuri semalam byk membuka mata saya..pertemuan yang langsung tak dirancang tp boleh berlalu sehingga hampir sejam setengah..seorang sahabat ada menceritakan tentang perkara yang dibincangkan kepada saya malam semalam, iaitu berkenaan dengan FCR..walaupun kurang familiar dengan istilah tersebut, tapi dari penerangan yang diberikan oleh mereka, saya faham bahawa itu adalah satu bentuk dakwah dengan cara perbandingan agama..memang satu bentuk yang professional dan berintelek..mematahkan hujah dari pihak bukan islam dengan menggunakan Al-Qur’an, hadis, bible itu sendiri, konsep logik akal dan yang paling penting denagan cara yang lemah lembut..

Pernah 3 tahun lepas seingat saya, seorang senior di sekolah pernah membicarakan perkara ini kepada saya..dan sehingga hari ini saya masih terfikir2 apakah jawapan kepada soalan yang diberikan,,dan alhamdulilah, sebahagian nya Allah telah buka pengetahuanNya untuk saya memahami perkara tersebut.

Katanya, bayangkan jika seorang non muslim datang approach awak, dan tiba2 tanya… “awak kata tuhan awak adil, tapi kenapa awak lahir sebagai seorang Islam, tapi kenapa saya lahir sebagai bukan islam?..dimana keadilan Allah yang awak selalu sebutkan tu??” ha…macam mana nak jawab??

Soalan laen…kalo diorang kata kite orang islam nih sembah ka’abah, bukan sembah Allah..camner nak buktikan yang dakwaan mereka tuh salah??..pernah saya bertanya kepada seorang teman seislam..kalo lah tibe2 classmate kite yang non muslim tanyer kita tentang Islam..ape perkara yang mule2 kita patut bitau dier..takkan nak criter pasal hadis kot??pasal syurga neraka??pasal dosa?? Sampai sekarang takder jawapan konkrit yang saya dapat dari nya..

Btoi la kate Mas Yuri semalam, kalo sebelum nih biler ada jerk missionaries yang approach org islam, sumer akan lari sbb takut terpesong nyer akidah mereka..maybe tindakan mereka tuh btol..tapi bagi mereka yang mempunyai pengetahuan macam mane plak nak tarik missionaries tadi tuh kepada islam, itu adalah satu peluang yang sgt baik..silap2 aribulan..missionaries tuh plak yang dapat hidayah..siapa tahu..katanya lagi…kita xleh nak kate org yang bukan islam tuh kafir sesuka hati..Allah yang takdirkan dier menjadi begitu dan Allah tuh Maha Mengetahui akan setiap ciptaan nya..selagi setiap orang daripada mereka tidak menerima dakwah daripada orang islam, sebelum mereka menolak dakwah tersebut yang diberikan berserta dalil yang konkrit bahawa agama mereka adalah salah, itulah kafir yang sebenarnya…faham??bley rujuk Al Baqarah:6.

Konklusinya, dakwah kepada yang non muslim tuh jugak penting..jgn terlepas pandang..camner kalo setiap dari mereka dakwa kita di akhirat kelak sebelum sempat kita ajak mereka kenal agama kita??padahal mereka sentiasa bersama2 kita, berada disekeliling kita..ingat…umat nabi Muhammad s.a.w bukan hanyer sebagai umat ‘abid, tetapi juga umat da’ie..seteruk mana pon keadaan umat, nabi tidak akan dihantar lagi untuk membetulkan akidah mereka…kalo bukan tugas kita, tugas sape lagi??..renung2kan dan selamat beramal..

p/s: FCR adalah singakatan daripada friendly comparative religion..mmg setiap bulan ada buat modul..biasenyer 2 hari..diterajui oleh brother Shahkirit n the gang..next modul pd 20 n 21 jun nih kat setiawangsa..pastu akan ada follow up… tahniah kpd bdk2 ALG yg sanggup nak pegi esok for modul untuk bln nih..walau isnin nih ada final fizik A Level..semoga Allah memberkati niat dan usaha kalian..ameen..



8 comments:

  Ridzuan Ariffin

May 15, 2009 at 12:54 PM

Salam...bagus sein..teruskan bgtau orang lain...untuk progrm 20-21 jun nie, aku dah reserve 15 tempat untuk budak2 intec...jadi tlg la bgtau kat orang lain...moga Allah memberi saham yang mahal kepada kita nanti di akhirat...tajuk tu mu letak la namo dio...baru orang tau

  Husaini

May 15, 2009 at 4:23 PM

beres boss

  Kembara Musafir

May 16, 2009 at 12:52 AM

Alhamdulillah...
ti,sebarang input yg bermanfaat bolehla dikongsi bersama dlm blog,ye???

  Husaini

May 16, 2009 at 12:12 PM

insya Allah syafiq..
sama2 kita kongsi dan amek manfaat..

  miya

May 17, 2009 at 12:22 AM

dom, ad modul ke?
t simpan au. nk tengok!

  Husaini

May 17, 2009 at 9:30 AM

blom ada..tp insya Allah akan ada..
orang ingat nak g yg bln 6 tuh..
kalo xda aral, boleh le..

  miya

May 17, 2009 at 6:56 PM

nk g gk bley? haha!
beres!! if peg, n ada modul.
WAJIB simpan ke org tau?
bile2 blk, org amik ar.
hehe

  Husaini

May 18, 2009 at 2:40 PM

nak g??
bley jerk..no hal..
hahaha..
nanti orang simpan ler...
kalo x smpt pon b4 fly..
tggu ar biler kiter bley jumpe balik.
hahha

Related Posts with Thumbnails